More

    Kekosongan jawatan di Sony beri petunjuk PlayStation 5 mungkin dilancar pada Oktober

    Setakat ini Sony sekadar mengatakan PlayStation 5 akan dilancarkan pada penghujung tahun 2020, namun sebuah iklan pekerjaan di Sony mungkin telah memberikan sedikit petunjuk terhadap tarikh pelancaran yang lebih spesifik.

    Menurut sumber di Twitter, kekosongan pekerjaan di Sony Interactive Entertainment untuk jawatan QCD global mempunyai tanggungjawab untuk membantu dalam pelancaran PS5 pada bulan Oktober. Kekosongan tersebut sudah tidak boleh diakses lagi sekarang, tetapi mungkin kerana ia sudah pun diisi oleh pemohon yang berjaya mengisi kekosongan tersebut.

    Sony mengatakan bahawa maklumat tersebut adalah sebuah kesilapan pada pihak agensi pekerjaan yang mengiklankan jawatan tersebut, namun ia tidaklah terlalu mustahil. Jika pelancaran PlayStation sebelum ini dijadikan kayu ukur, Sony biasanya melancarkan konsol-konsolnya pada bulan November. Namun ini tidak termasuk lagi kesan daripada COVID-19 yang mungkin akan mempengaruhi rantai bekalan untuk pengilangan PS5.

    Berikan pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...