More

    Kelebihan siri HONOR Magic5, tawaran bayaran ansuran dan mata ganjaran Enrich untuk ditebus

    Adakah anda sedang mencari telefon pintar baharu tetapi terlalu banyak pilihan di pasaran sehingga membuatkan anda keliru? Anda mungkin boleh mempertimbangkan HONOR Magic5 Pro dan HONOR Magic5 dalam pilihan anda. Berikut merupakan panduan bagi membantu anda memahami kelebihan dan kekuatan HONOR Magic5 Pro dan HONOR Magic 5. 

    HONOR Magic5 Pro yang berkuasa ini baru mula dijual di Malaysia pada hargar RM4,299 dan telah meraih perhatian dunia selepas diiktiraf sebagai Terbaik di Mobile World Congress (MWC) Terbaik 2023 selain turut digelarkan sebagai Flagship Dark Horse.

    Ia menampilkan skrin AMOLED 120Hz 6.81 inci, resolusi 2848×1312 dengan sisi melengkung. Prestasinya dikendalikan oleh cipset Snapdragon 8 Gen 2 bersama RAM LPDDR5X 12GB dan storan UFS4.0 512GB. Ia dilengkapi dengan bateri 5,100mAh yang menyokong pengecasan berwayar SuperCharge 66W dan wayarles 50W.

    Kamera belakangnya membawa kamera utama 50MP, ultra lebar 50MP dan telefoto periskop 50MP manakala kamera hadapannya membawa sensor  12MP. Spesifikasi lain termasuk MagicOS 7.1 berdasarkan Android 13, Bluetooth 5.2, Wi-Fi 7, pembesar suara stereo DTS:X Ultra, port USB-C dan dwi-SIM.

    Seterusnya, HONOR Magic5 ditawarkan pada harga RM 3,499 sesuai bagi mereka yang mencari telefon pintar mampu milik dengan ciri-ciri hebat. HONOR Magic5 hadir dengan sistem kamera Milisecond Falcon Capture yang terdiri daripada tiga kamera terdiri daripada kamera utama 54MP, ultra lebar 50MP dan kamera telefoto 32MP. 

    Ia turut dilengkapi dengan bateri 5,100mAh yang menyokong pengecasan SuperCharge 66W. Kebanyakan cirinya adalah sama seperti Magic5 Pro termasuk sistem operasi dan cipset yang digunakan.

    HONOR kini menawarkan pelan bayaran ansuran 0% bermula dari RM 4.80 sehari dengan faedah 0% dan yuran proses sehingga 24 bulan. Anda juga boleh membeli siri HONOR Magic5 dan menangi 7,000 mata ganjaran Enrich untuk ditebus pada akses masuk ke ruang istirehat mewah Malaysia Airlines Golden Lounge atau tiket penerbangan domestik. 

    Tarikh tutup peraduan ini adalah pada 31 Mei 2023 dan maklumat lanjut boleh didapati di halaman Facebook HONOR Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...