More

    Keluarga Diraja Johor bakal pemegang saham terbesar U Mobile

    Keluarga Diraja Johor bakal menjadi pemegang saham terbesar dalam syarikat telekomunikasi U Mobile selepas penjualan sebahagian besar saham oleh ST Telemedia, syarikat pelaburan Singapura. ST Telemedia yang sebelum ini merupakan pemegang saham terbesar U Mobile telah mengumumkan akan mengurangkan pegangannya daripada 48.26 peratus kepada 20 peratus.

    Saham selebihnya sebanyak 28.25 peratus akan dijual kepada Mawar Setia Sdn Bhd. Mawar Setia dimiliki 70 peratus oleh ahli perniagaan terkenal Vincent Tan dan 30 peratus oleh Tunku Aminah Sultan Ibrahim, anakanda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

    Ini bermakna Tunku Aminah akan memiliki 8.5 peratus kepentingan dalam U Mobile manakala Sultan Ibrahim sendiri memiliki 22.3 peratus. Secara gabungan, Sultan Ibrahim dan Tunku Aminah akan menguasai 30.8 peratus saham U Mobile menjadikan mereka pemegang saham terbesar syarikat tersebut.

    Vincent Tan, melalui Mawar Setia, menguasai 19.8 peratus saham dalam U Mobile. Jika digabungkan dengan pemilikan lain melalui Berjaya Infrastructure dan U Telemedia, pegangan keseluruhannya dianggarkan berjumlah 22.2 peratus. Anak Saudaranya, Diana Tan pula memiliki 0.28 peratus saham dalam syarikat tersebut.

    Langkah penstrukturan semula pemilikan ini berlaku selepas ST Telemedia bersetuju untuk mengurangkan pegangan sahamnya berikutan pelantikan U Mobile sebagai pengendali rangkaian 5G kedua di Malaysia. Usaha ini bertujuan mengurangkan pemilikan asing dalam syarikat tersebut.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Malaysia Kini

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured