More

    Kemas kini Google Map bawa 3 ciri baharu termasuk paparan mendalam yang dikuasakan AI

    Google Map telah mengumumkan tiga ciri baharu untuk memudahkan pengguna merancang pengembaraan seterusnya. Tiga ciri baharu itu termasuk paparan mendalam (Immersive view)maklumat laluan berbasikal (cycling route information) dan perkongsian lokasi yang lebih mantap (more robust location sharing).

    Ciri paparan mendalam (Immersive view) ini membolehkan pengguna menanda tempat global dengan cara yang baharu. Ia mempunyai AI dengan berbilion Street View definisi tinggi, imej satelit dan udara membolehkan anda melihat pemandangan udara fotorealistik bagi 100 tanda tempat paling terkenal di dunia.

    Ini termasuk tanda tempat popular di London, New York, Barcelona, ​​Tokyo dan San Fransisco. Oleh itu, jika anda merancang perjalanan ke mana-mana tanda tempat, anda boleh mengetahui keadaannya secara dekat sebelum dimasukkan dalam senarai perjalanan anda.

    Selain itu, Google Map juga mempunyai maklumat laluan berbasikal (cycling route information) yang membenarkan anda membandingkan laluan berbasikal dan melihat butiran lain dengan lebih terperinci. Menggunakan data AI dari bandar seperti rakan kongsi kartografi dan maklum balas daripada komuniti Google Map, pengguna boleh mendapat maklumat yang lebih tepat dan terperinci apabila memilih laluan berbasikal.

    Ini termasuk ketinggian di sepanjang laluan sama ada trafik kereta, tangga atau bukit curam serta pecahan laluan. Secara asasnya, maklumat yang diberi dapat membantu pengguna untuk menggunakan jenis jalan raya seperti jalan utama berbanding jalan tempatan.

    Akhir sekali, ciri baharu juga akan kekal berhubung dan keselamatan anda lebih terjamin semasa dalam perjalanan dengan pemberitahuan perkongsian lokasi baharu. Google Map akan memberitahu pengguna apabila orang yang dikenali telah sampai atau meninggalkan tempat supaya anda boleh menyelaraskan jadual dengan lebih mudah.

    Tambahan pula, ciri baharu ini turut mengutamakan privasi di mana pemberitahuan hanya ditetapkan untuk kontak rapat yang dalam senarai untuk berkongsi lokasi mereka dengan anda. Google Map menegaskan bahawa pengguna sentiasa mengawal dan mereka boleh memilih untuk berhenti berkongsi lokasi anda atau menyekat seseorang daripada menetapkan pemberitahuan sama sekali.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    "
    "

    Sumber: Blog Google

     

    Artikel Terkini

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    vivo OriginOS 7 dilancar dengan prestasi lancar hingga 72 bulan!

    vivo secara rasmi memperkenalkan sistem operasi OriginOS 7 yang direka untuk mengekalkan prestasi lancar menerusi ujian anti-penuaan makmal selama 72 bulan. Sistem...

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured