More

    Kemas kini iOS 14.4 akan beri amaran jika kamera iPhone anda tidak original

    Jika anda membeli peranti iPhone dengan penjual yang tidak diperakui oleh Apple, anda pasti khuatir dengan ketulenan perkakasnya. Sumber kini melaporkan bahawa Apple akan memberi amaran jika komponen kamera iPhone tidak tulen, pernah diganti dan sebagainya.

    Menurut sumber, amaran ini ditemui oleh sumber melalui kod dalam perisian iOS 14.4 beta kedua yang kini hadir untuk pembangun dan penguji awam. Amaran berbentuk “Unable to verifiy this iPhone has a genuine Apple camera” bakal muncul dalam Tetapan (Settings) di bawah kategori Umum (General) > Perihal (About) atau di skrin kunci (lock screen) dalam jangka masa tertentu.

    Apa pun, amaran ini menggariskan kepentingan untuk pengguna menggantikan iPhone dengan agensi yang diperakui Apple. Apakah pendapat anda mengenai ciri dalam kemas kini iOS 14.4 yang bakal hadir secara rasmi kelak?

    Beritahu pandangan anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Macrumors

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...