More

    Kemas kini pertama siri Samsung Galaxy S24 sertakan peningkatan AI, paparan dan kamera

    Samsung baru-baru ini melancarkan kemas kini baharu untuk telefon pintar siri Galaxy S24 yang telah dilancarkan bulan lepas. Kemas kini terbaharu akan hadirkan ciri baharu, pembetulan pepijat dan penambahbaikan.

    Samsung menyebut bahawa kemas kini ini berdasarkan maklum balas daripada pengguna bertujuan untuk menjadikan paparan peranti, kamera dan ciri terjemahan AI lebih baik melalui penyepaduan perkakasan dan perisian yang dipertingkatkan.

    Siri Galaxy S24 kini membolehkan anda mengubah suai ‘Tetapan lanjutan’ skrin dengan pilihan “Kejelasan” baharu. Ia membolehkan pengguna menyesuaikan warna dan tahap kecerahan skrin mengikut cita rasa pengguna.

    Selain itu, kamera pada siri Galaxy S24 bertambah baik dengan penumpuan pada meningkatkan zum, Mod Potret, Mod Malam dan rakaman video dengan kamera belakang. Peningkatan ini bertujuan untuk menjadikan merakamkan gambar dan video dalam situasi berbeza lebih menyeronokkan.

    Kemas kini ini juga berfungsi untuk mengurangkan masalah bahasa sesuai dengan matlamat Samsung untuk menjadikan komunikasi lancar untuk semua orang. Maksudnya ialah AI pada siri Galaxy S24 telah dioptimumkan untuk lebih memahami pengguna dalam pelbagai situasi. Samsung menyatakan bahawa pelancaran kemas kini ini akan bermula pada bulan Februari.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...