More

    Kemas kini terbaru Samsung Galaxy S21 menyokong fungsi kunci kereta digital

    Setiap pengeluar telefon pintar kini mengutamakan ciri kunci kereta digital yang mana Samsung juga tidak ketinggalan mengambil langkah yang sama. Samsung menunjukkan minatnya dalam teknologi tersebut daripada Januari lalu semasa pelancaran siri S21. Kini, fungsi kunci kereta digital tersebut sudah dilancarkan untuk Samsung S21+ dan S21 Ultra.

    Ciri ini adalah sebahagian daripada kemas kini bulan Oktober untuk peranti tersebut bagi beberapa buah negara termasuk negara pengeluarnya iaitu Korea Selatan. Selain itu, negara yang dapat menikmati ciri ini ialah Jerman, India dan Filipina.

    Daripada apa yang diketahui sebelum ini, fungsi kunci kereta digital menyokong kenderaan daripada jenama Audi, BMW, Genesis dan Ford. Namun, kami tidak pasti ia menyokong model yang mana.

    Dengan fungsi baharu ini, anda boleh mengakses kereta anda menggunakan kunci kereta digital di Samsung Pass. Selain itu ia juga mempunyai fungsi membuka dan menutup pintu menggunakan tag NFC serta menghidupkan enjin apabila anda meletakkan telefon anda di pad pengecasan wayarles di dalam kereta.

    Diharapkan semua proses berjalan lancar dengan pelepasan kemas kini ini di Korea dan ciri utama digital tersebut boleh tersebar ke negara lain tidak lama lagi. Di Korea, kemas kini baharu ini menggunakan nombor model binaan G99*BXXU3AUIE manakala di peringkat global ia berakhir dengan huruf siri “AUIG”. Ia jelas menekankan perbezaannya.

    Walau apa pun, anda akan mendapat kemas kini patch keselamatan untuk Oktober 2021. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured