More

    Kemas kini watchOS 8.5 sebabkan isu pengecasan pantas pada siri Apple Watch 7

    Selain mempunyai paparan yang lebih besar, salah satu ciri Apple Watch Series 7 yang paling menonjol ialah keupayaan pengecasan pantas berbanding generasi sebelumnya. Walau bagaimanapun, kemas kini watchOS terbaharu telah menyebabkan isu yang besar kerana ramai pengguna melaporkan bahawa ciri itu kini rosak pada siri Apple Watch 7.

    Kemas kini watchOS 8.5 telah dilepaskan oleh Apple kepada penggunanya pada minggu lepas. Ia datang dengan beberapa ciri baharu pada Apple Watch iaitu 37 emoji baharu, keupayaan untuk membenarkan langganan pembelian Apple TV, kemas kini kepada pemberitahuan irama yang tidak teratur dan banyak lagi.

    Selepas beberapa hari menggunakan kemas kini itu, sesetengah pengguna mula menyedari bahawa Siri 7 mereka mengecas lebih perlahan daripada biasa. Mereka kemudian pergi ke forum sokongan Apple dan subreddit r/AppleWatch untuk mengadu mengenai perkara itu dan meminta agar masalah tersebut diselesaikan.

    Seperti yang dilaporkan oleh 9to5Mac, sesetengah pengguna berpendapat bahawa isu itu hanya memberi kesan kepada mereka yang menggunakan Belkin BoostCharge Pro. Ia kemudiannya terbukti tidak berlaku selepas pengguna melaporkan menghadapi isu yang sama dengan kabel pengecas pantas magnetik USB-C milik Apple sendiri.

    Malah, seorang pengguna juga melaporkan bahawa pengecas pihak ketiga tidak akan berfungsi dengan Siri 7 mereka selepas kemas kini. Apple masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu. Memandangkan masalah hanya timbul selepas kemas kini watchOS 8.5, ia mungkin hanya isu perisian dan bukannya perkakasan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: 9to5Mac

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured