More

    Kemas kini Windows 11 versi 2025 (25H2) mula diedarkan secara berperingkat

    Microsoft mengumumkan bahawa kemas kini Windows 11 2025 yang juga dikenali sebagai versi 25H2 kini mula diedarkan kepada pengguna. Ia merupakan kemas kini ciri tahunan untuk sistem operasi selepas Microsoft beralih daripada dua kemas kini besar setahun kepada hanya satu sejak beberapa tahun lalu.

    Kemas kini ini disampaikan melalui servicing technology iaitu kaedah sama yang digunakan untuk kemas kini bulanan Windows. Buat masa ini, kemas kini hanya diberi kepada peranti dengan Windows 11 versi 24H2 dan terhad untuk pengguna yang menghidupkan tetapan “Get the latest updates as soon as they’re available”.

    Microsoft menjelaskan pengedaran dilakukan secara berhati-hati bagi mengelakkan masalah keserasian aplikasi atau pemacu. Jika peranti dikesan berisiko menghadapi isu tersebut, kemas kini akan ditahan sementara sehingga masalah itu diselesaikan. Pengedaran lebih meluas dijangka berlaku dalam beberapa bulan akan datang.

    Antara penambahbaikan yang dibawa oleh Windows 11 versi 25H2 termasuk ciri baharu, peningkatan keselamatan serta lebih kawalan kepada pengguna. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Microsoft

     

    Artikel Terkini

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...