More

    Kematian akibat Coronavirus meningkat, lebih teruk daripada wabak SARS

    Pihak berkuasa kesihatan di China mengumumkan kematian meningkat sejak beberapa hari lalu akibat jangkitan dari wabak Coronavirus. Ini menjadikan wabak 2019-nCoV itu mengatasi angka kematian daripada wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dua dekad yang lalu.

    Sehingga 3 Februari, sekurang-kurangnya 17,000 kes 2019-nCoV telah dilaporkan di tanah besar China, bersama-sama dengan 22,000 lagi kes disyaki telah dijangkiti oleh virus itu. Seramai 361 kematian yang dilaporkan telah melebihi 349 kematian semasa wabak SARS 2002-2003.

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan terdapat lebih 150 kes di luar China. Isnin lalu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit memberitahu bahawa Amerika Syarikat telah menfailkan sebanyak 11 kes. Setakat ini, kes-kes di luar China kebanyakannya melibatkan orang yang datang mengembara ke China di kawasan yang terjejas. Minggu lalu, Filipina melaporkan penduduk berusia 44 tahun meninggal dunia akibat virus itu, seterusnya mencatatkan kematian pertama di luar China.

    Para saintis terus menyelidik dan mengesan asal-usul virus itu. Terdapat beberapa bukti untuk menunjukkan kemunculan wabak itu mungkin telah tersebar pada hujung November, sebelum gelombang awal kes yang dikaitkan dengan pasar makanan di Wuhan.  

    Sesetengah pakar percaya bahawa Coronavirus tidak berbahaya seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) 2002-03 yang mengakibatkan kematian hampir 800 orang, atau Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS), yang telah mengakibatkan kematian lebih 700 orang sejak 2012.

    Anda dinasihatkan untuk lebih berjaga-jaga dan sentiasa mengamalkan cara hidup sihat supaya tidak mudah dijangkiti wabak ini. Teruskan bersama kami di laman Facebook dan nantikan lebih berita teknologi terkini melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

    Sumber : GIZMODO

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured