More

    Kembar TikTok, sebuah aplikasi video pendek Snack Video kini boleh dimuat turun

    Terkini, Kuaishou Technology telah melancarkan sebuah aplikasi video pendek Snack Video secara global. Aplikasi ini tersedia di Google Play Store untuk dimuat turun. Apa yang menariknya, ia kelihatan seperti aplikasi terkenal TikTok.

    Untuk pengetahuan anda, Kuaishou adalah platform video pendek kedua terbesar di China selepas TikTok. Melalui aplikasi Snack Video, anda boleh mengongsikan video pendek berdurasi 57 saat dan bakal menunjukkan cadangan video yang lebih kurang sama dengan video yang mendapat respons daripada anda. Persoalannya, adakah aplikasi ini bakal mendapat tempat di Malaysia?

    Snack Video (kiri), TikTok (kanan)
    Sumber: South China Morning Post

    Latar belakang aplikasi Snack Video yang menggunakan warna hitam seperti TikTok. Apa pun, Kuaishou masih tidak memberi maklum balas jika aplikasi ini dilancarkan untuk bersaing dengan TikTok. Terdahulu, aplikasi Kuaishou yang masih hangat dalam platform video adalah Kwai.

    Pernahkah anda mencuba Kwai? Adakah Snack Video bakal mendapat tempat dalam kalangan warganet di Malaysia? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita aplikasi terkini.

    Sumber: South China Morning Post

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...