More

    Kementerian Digital & Google Malaysia umum AI at Work 2.0 untuk mudahkan tugas penjawat awam

    Selepas inisiatif AI at Work diumum pada Disember 2024, Kementerian Digital dan Google Malaysia mengumumkan fasa kedua AI at Work 2.0 untuk membantu para penjawat awam dalam tugasan-tugasan harian.

    Fasa kedua inisiatif ini bertujuan meningkatkan produktiviti keseluruhan dengan membantu meringkaskan dokumen, memperkemas aliran kerja serta menyaksikan pelaksanaan Gemini ke dalam Google Workspace untuk penjawat-penjawat awam.

    Rangkaian alat Google Workspace dengan Gemini kini boleh diakses oleh sekitar 445,000 pegawai awam tanpa sebarang kos. Perjanjian ini akan tersedia sehingga 2028.

    Buat masa ini, inisiatif AI at Work telah dilaksana bersama 270 para penjawat awam daripada pelbagai agensi kerajaan, termasuklah Jabatan Digital Negara. Para penjawat awam yang telah dilatih oleh Google akan kembali ke pejabat kerajaan masing-masing bagi membantu memacu penggunaan rangkaian ini untuk semua orang.

    Bagi mereka yang tidak tahu, Gemini telah pun diintegrasikan dalam Google Workspace untuk pelbagai pelan produktiviti Google. Ini termasuk Gmail, Docs, Sheets, Slides, Drive, Meet dan Chat dengan ciri-ciri yang merangkumi bantuan dalam penulisan dan ringkasan serta penjanaan imej dan data hamparan (spreadsheet).

    Selain itu, penjawat awam boleh gunakan Google Vids iaitu sebuah aplikasi penciptaan video dikuasakan AI bagi menghasilkan video penjelasan dengan lebih mudah dan efisien. Walaupun tanpa sebarang pengalaman mencipta video, pengguna masih boleh menghasilkan naratif menggunakan visual, skrip dan muzik latar belakang yang dicadangkan.

    Mereka juga akan menerima Gemini Advanced pada komputer riba atau peranti mudah alih kerja untuk menangani tugas yang rumit seperti pengekodan dan pengekstrakan analisis data, atau penjanaan idea baharu.

    NotebookLM Plus pula membantu dalam menyelidik dan berinteraksi secara serentak dengan sehingga 250 sumber yang dipercayai, termasuk dokumen perundangan dan dasar, untuk mendapatkan maklumat bagi membuat keputusan yang lebih pantas terhadap keperluan rakyat. Penjawat awam juga boleh memuat naik dokumen dan gunakan Notebook LM Plus untuk dapatkan maklumat penting mengenainya.

    "
    "

    Daripada segi keselamatan, kemudahan ini menggunakan kawalan keselamatan dan privasi data gred perusahaan yang disediakan oleh Google Workspace. Gemini pula hanya boleh mengakses data yang telah diberi kebenaran oleh pengguna sahaja.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured