More

    Kementerian Pendidikan terima 19 aduan di portal aduan buli dalam masa 4 hari

    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerima 19 aduan dalam portal aduan buli di sekolah sejak ia dilancar pada hari Khamis lalu. Daripada 19 aduan tersebut, 16 aduan diterima melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) manakala tiga lagi aduan melalui aplikasi WhatsApp di talian 014-8009325.

    Menurut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin, KPM akan buat penelitian mendalam untuk ambil tindakan sewajarnya secepat mungkin bagi setiap aduan yang dibuat. KPM tidak akan menganaktirikan mana-mana sekolah, termasuklah sekolah bandar, luar bandar atau asrama.

    Portal aduan buli boleh diakses melalui laman sesawang https://www.moe.gov.my/aduanbuli dan ia membenarkan aduan kes buli di sekolah untuk dilaporkan terus kepada KPM. Aduan juga boleh dibuat melalui talian khas 03-88849352, mesej WhatsApp di talian 014-8009325 atau e-mel [email protected].

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured