More

    Kementerian Pengangkutan cadang tarif elektrik khas untuk sektor pengangkutan awam

    Kementerian Pengangkutan mencadangkan pengenalan tarif elektrik khas untuk sektor pengangkutan awam bagi meringankan beban kewangan pengendali. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyatakan bahawa caj elektrik semasa untuk pengendali pengangkutan awam adalah sama seperti caj lain yang menyebabkan cabaran kewangan kepada sektor tersebut.

    Salah satu isu utama yang sedang ditangani oleh kementerian ialah memperjuangkan kadar elektrik khas untuk pengangkutan awam. Beliau turut memaklumkan bahawa tarif khas itu akan melibatkan pengendali awam dan swasta sebagai usaha menggalakkan perkembangan sektor pengangkutan awam.

    Buat masa ini, caj semasa adalah tinggi dan tarif khas yang dicadangkan ini dapat mengurangkan beban kewangan pengendali secara signifikan. Anthony Loke berkata demikian dalam forum pada Hari Korporat Tahunan Malaysia ke-17 anjuran CGS International yang dipengerusikan oleh Pengarah Bebas CGS International Securities Malaysia, Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan.

    Beliau turut menjelaskan bahawa pengendali seperti Mass Rapid Transit (MRT), Light Rail Transit (LRT) dan Prasarana Berhad memperuntukkan 30 hingga 35 peratus daripada kos operasi mereka untuk elektrik. Manakala Keretapi Tanah Melayu (KTM) pula menanggung kos elektrik sebanyak 35 peratus akibat sistem semasa.

    Usaha ini diharap dapat menyokong kelestarian kewangan sektor pengangkutan awam serta memperkasakan penggunaannya di negara ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured