Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata kementeriannya tidak pernah membenarkan mana-mana penyedia aplikasi pengangkutan seru pandu (e-hailing) untuk menawarkan sistem bidaan harga kepada penumpang.
Kenyataan tersebut dibuat bagi mengulas kewujudan aplikasi e-hailing yang mengamalkan sistem bidaan, di mana para pemandu boleh menetapkan harga untuk jarak perjalanan, kemudian harga tersebut boleh dirunding dengan pelanggan sehingga kedua-dua pihak mencapai kata sepakat.
Para penumpang kini merasakan sistem tersebut memaksa mereka membayar harga yang lebih tinggi dan akan menguntungkan para pemandu.
Bagi menyemak sistem bidaan yang semakin digunakan oleh para pemandu e-hailing, beliau mengarahkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk menyiasat sistem tersebut. Beliau menjelaskan bahawa tiada apa-apa yang dibenarkan oleh Kementerian Pengangkutan mengenai sistem bidaan.
Pernahkah anda melaksanakan sistem bidaan sewaktu mengguna perkhidmatan e-hailing? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: BERNAMA






