More

    Kempen realme 8.8: Diskaun sehingga 50% di Shopee, Lazada dan TikTok Shop

    realme Malaysia bakal mengadakan kempen jualan istimewa sempena 8.8 yang menawarkan potongan harga sehingga 50% untuk pelbagai model telefon pintar terpilih. Jualan ini akan berlangsung di tiga platform utama iaitu Shopee, Lazada dan TikTok Shop dengan tempoh promosi dan tawaran berbeza mengikut platform masing-masing.

    Untuk pengguna Shopee, promosi akan bermula pada 7 Ogos jam 8 malam dan berakhir pada 8 Ogos. Sepanjang tempoh ini, pembeli boleh menikmati diskaun sehingga 50%, pulangan tunai sebanyak 10% dan baucar penghantaran percuma. Antara tawaran menarik termasuk realme 13 Pro+ yang ditawarkan pada harga RM1,399, realme C63 pada harga RM509 dan realme Note 60X dengan harga serendah RM289.

    Di Lazada, kempen jualan bermula pada 7 Ogos jam 8 malam dan berlanjutan sehingga 10 Ogos dengan tawaran eksklusif yang merangkumi diskaun sehingga RM900, tambahan 10% potongan menerusi baucar platform dan baucar penghantaran percuma. Antara model yang ditawarkan ialah realme GT6 (16/512GB) pada harga RM1,999, realme 13 Pro pada harga RM1,249 dan realme C61 pada harga RM399.

    Sementara itu, TikTok Shop turut menyertai kempen jualan 8.8 ini bermula dari 6 hingga 8 Ogos dengan penjimatan sehingga RM900 ke atas model-model terpilih. Pembeli boleh mendapatkan realme 14x (8/256GB) pada harga RM699, realme 12+ pada harga RM799 dan realme C65 yang kini ditawarkan pada RM549. Tawaran-tawaran ini tertakluk kepada terma dan syarat serta bergantung kepada ketersediaan stok dan masa promosi.

    Kempen jualan 8.8 oleh realme ini dijangka menarik perhatian pengguna yang mencari peranti berkuasa dengan harga yang jauh lebih mampu milik terutamanya dalam kalangan golongan muda. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured