More

    Kempen The Wave oleh Yes: Larian LED 5km dengan aktiviti menarik, berpeluang memenangi hadiah

    ‘The Wave‘ merupakan kempen yang dianjurkan oleh Yes 5G dengan kerjasama Brand New Waves Running Club dan WE ARE KIX. Kempen ini membawakan empat larian komuniti sejauh 5km yang menarik di seluruh Lembah Klang dan ia terbuka kepada semua kumpulan umur. Peserta dan orang ramai juga berpeluang memenangi hadiah menarik melalui aktiviti yang menyeronokkan dan cabaran mini pada setiap acara.

    Dua lokasi pertama di Bukit Bintang dan Putrajaya menyaksikan ratusan pelari dan penyokong menerangi bandar dengan lampu terang, muzik dan keseronokan. Pelari memakai sut dan gelang tangan LED neon yang dibuat khas semasa larian bermula pada waktu malam dalam warna magenta sebagai warna rasmi jenama Yes.

    Larian pertama yang berlangsung di Lot 10, Bukit Bintang mempunyai purata kelajuan Yes 5G sebanyak 870Mbps manakala larian kedua yang berlangsung di Istana Kehakiman, Putrajaya mempunyai purata kelajuan Yes 5G sehingga 900Mbps. Pengguna boleh menikmati prestasi yang lebih pantas tanpa gangguan.

    ‘The Wave’ akan diadakan di dua lagi lokasi iaitu Bukit Jalil pada 17 Jun 2023 (Sabtu) dan Taman Tun Dr Ismail (TTDI) pada 1 Julai 2023 (Sabtu). Mereka yang berminat untuk menyertai larian perlu mendaftar pada platform media sosial Yes 5G di Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok. Pendaftaran adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat kerana slot yang disediakan adalah terhad.

    17 Jun 2023, Sabtu7.00PM – 10.00PMBukit Jalil, Kuala Lumpur
    1 Julai 2023, Sabtu7.00PM – 10.00PMTaman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

    Larian komuniti ini disokong oleh pelbagai kelab larian di seluruh Malaysia, seperti Garmin Malaysia, KJ Run Club dan Every Move Sports Club. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured