More

    Kenapa “power bank” dilarang dalam kapal terbang? Isu-isu keselamatan yang anda perlu tahu!

    Sejak kebelakangan ini, kita mendengar pelbagai laporan berita seluruh dunia tentang power bank yang meletup dan terbakar. Ia menyebabkan semakin ramai orang menjadi risau terhadap power bank dan mempersoalkan keselamatannya. Rakyat Malaysia juga tidak terkecuali daripada kebimbangan ini, jadi perlu untuk kita ketahui potensi risiko menggunakan power bank dan cara penggunaan yang betul.

    Kenapa power bank boleh datangkan bahaya?

    Komponen utama dalam setiap power bank adalah bateri litium dalaman yang bertindak sebagai punca kuasa utama untuk pelbagai peranti elektronik moden, kerana ketumpatan tenaganya yang tinggi. Walau bagaimanapun, ketumpatan tenaga yang tinggi ini membawa risikonya sendiri dan risiko ini lebih tinggi pada bateri dengan binaan yang kurang bagus dan terdapat cacat-cela dalam pengilangannya. Selain itu, penyalahgunaan juga boleh menyebabkan kemalangan.

    Mengapa? Tindak balas kimia dalam bateri litium adalah sangat kompleks dan kestabilannya dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Jika bateri litium mengalami litar pintas, terlebih cas, terlebih panas, atau didedahkan kepada suhu yang tinggi, sebuah tindak balas haba yang bahaya boleh tercetus dan menyebab bateri itu untuk terbakar atau meletup.

    Ini adalah kemungkinan yang tinggi untuk bateri yang tidak diiktiraf atau rendah kualitinya. Bateri-bateri seperti ini biasanya menggunakan bahan kos rendah dan tidak dilengkapi ciri-ciri keselamatan seperti perlindungan lebihan cas (overcharge protection) atau pematuhan standard. Sewaktu proses pengilangannya, kawalan kualiti yang lemah biasanya menyebabkan bateri berkualiti rendah untuk mempunyai kecacatan dalaman, seperti diafragma yang tidak sekata dan bahan sel bateri yang tidak mematuhi standard. Kecacatan yang tidak boleh dilihat ini mungkin akan menyebabkan kemalangan sewaktu anda menggunakannya.

    Kaedah simpanan yang salah juga boleh menjadi salah satu isu. Untuk orang Malaysia, risiko yang boleh ditimbulkan bawah cahaya panas (terutamanya bulan Mei sekarang yang sangat panas) boleh menyebabkan bahan kimia dalaman bateri untuk terurai. Sebagai contoh, anda mungkin tertinggal power bank dalam kereta dan ia menyebabkan suhu power bank untuk meningkat tinggi.

    Power bank juga boleh melepaskan gas toksik apabila sel litium dalamannya dirosakkan oleh api, letupan atau terkoyak. Ia boleh menyebabkan kebocoran yang akan menjejaskan mata, kulit dan paru-paru anda. Sudah tentu kebocoran ini akan menyebabkan isu yang lebih besar dalam kabin kapal terbang, di mana lebih ramai orang akan terjejas akibatnya.

    Kenapa anda tidak boleh bawa power bank ke dalam kapal terbang?

    Seperti yang dinyatakan tadi, ini adalah kerana ia merupakan satu risiko kebakaran (fire hazard). Pada bulan Mac lalu, sebuah power bank terbakar dalam satu penerbangan Hong Kong Airlines. Menurut laporan, ia adalah kerana sebuah power bank meletup dalam ruangan bagasi atas penumpang (overhead compartment), menyebabkan asap memenuhi ruang kabin. Mujur sekali, api tersebut sempat dikesan dan dipadam awal oleh para penumpang dan anak-anak kapal.

    Menurut Pertubuhan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), power bank dianggap bahaya kerana bateri litium di dalamnya. Oleh yang demikian, undang-undang tegas harus dituruti apabila anda membawa masuk sebuah power bank.

    "
    "

    Pertama, kapasiti power bank tidak boleh melebihi had yang ditetapkan oleh standard keselamatan penerbangan. Secara umumnya, ia tidak boleh melebihi 100Wh. Jika sebuah power bank melepasi had tersebut, namun masih bawah 160Wh, ia perlu mendapat kelulusan khas daripada syarikat penerbangan. Bergantung kepada syarikat penerbangan, penumpang boleh membawa sehingga dua power bank, namun ia tidak boleh diguna dan perlu dimatikan.

    Untuk sesetengah syarikat penerbangan, jika penumpang ingin membawa power bank, ia perlu berada di samping mereka pada setiap masa dan tidak boleh langsung dimasukkan dalam bagasi yang didaftar masuk ke dalam perut kapal. Ini adalah kerana sistem pemadaman api dalam ruang bagasi tidak cukup untuk menanganinya. Lagipun, jika sebuah power bank mendatangkan masalah dalam ruang kabin bersama penumpang, ia boleh dikesan dengan lebih cepat.

    Sebelum menaiki pesawat, semak peraturan yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan anda. Ini adalah untuk memastikan sebarang power bank yang anda bawa mematuhi peraturan yang ditetapkan, atau anda mungkin dikenakan denda. Anda juga digalakkan untuk menyimpannya dengan baik dan matikannya sebelum menaiki pesawat.

    Kebanyakan syarikat penerbangan kini sudah mempunyai garis panduan untuk membawa power bank dan para penumpang perlu mematuhinya. Anda boleh lihat garis panduan untuk syarikat penerbangan tempatan dan rantau Asia Tenggara seperti berikut:

    SyarikatBagasi daftar masukBagasi tanganKapasiti maksimumKapasiti yang memerlukan kebenaran
    Malaysia AirlinesDilarangDibenarkan100Wh100-160Wh
    AirAsiaDilarangDibenarkan100Wh100-160Wh
    Singapore AirlinesDilarangDibenarkan100Wh100-160Wh
    Batik AirDilarangDibenarkan100Wh100-160Wh
    THAI AirwaysDilarangDibenarkan100Wh100-160Wh
    FireflyDilarangDibenarkan100Wh100-160Wh
    MAS wingsDilarangDibenarkan100Wh100-160Wh

    Seperti yang anda boleh lihat, semua syarikat penerbangan mempunyai peraturan khas untuk power bank. Pertama, anda tidak boleh simpan dalam bagasi yang didaftar masuk (check-in luggage). Anda boleh bawa bersama anda jika kapasitinya tidak melebihi 100Wh (bersamaan 27,000mAh).

    Jika power bank anda mempunyai kapasiti antara 100Wh hingga 160Wh, anda perlu dapatkan kelulusan daripada kaunter daftar masuk. Kapasiti yang lebih tinggi daripada itu tidak dibenarkan masuk dalam pesawat, kerana sebarang kebakaran yang tercetus daripadanya boleh membawa malapetaka.

    Semua syarikat penerbangan mempunyai peraturan yang ketat mengenai objek yang boleh dibawa ke dalam pesawat, terutmanya untuk objek-objek berisiko seperti power bank. Sebagai langkah berjaga-jaga, anda perlu ketahui peraturan untuk setiap objek yang anda ingin bawa masuk ke dalam pesawat.

    Jadi adakah anda kerap membawa power bank ke dalam pesawat? Pernahkan anda berhadapan dengan insiden melibatkan power bank yang rosak? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Diterjemahkan daripada TechNave]

     

    Artikel Terkini

    Insta360 Luna Ultra rasmi di Malaysia – Sensor 1 inci dan sokong rakaman 8K...

    Insta360 hari ini melancarkan Luna Ultra untuk pasaran Malaysia iaitu kamera gimbal mercu baharu yang dibangunkan bersama Leica. Ditawarkan pada harga bermula...

    Nothing Dream Phone muncul dengan bicu audio, slot microSD dan kamera swafoto “pop-up”

    Nothing baru-baru ini memperkenalkan satu konsep telefon baharu yang dinamakan sebagai Dream Phone iaitu projek eksperimental yang dibangunkan berdasarkan cadangan serta maklum...

    Meta Glasses rasmi dengan tiga rekaan bingkai, bateri 8 jam dan AI Muse Spark

    Meta secara rasmi memperkenalkan Meta Glasses iaitu siri cermin mata pintar baharu yang dibangunkan bersama pengeluar kaca mata EssilorLuxottica. Pelancaran ini dilihat...

    Samsung umum UFS 5.0 dengan kelajuan sehingga 10.8GB/s — Fokus AI pada peranti

    Samsung mengumumkan pembangunan storan UFS 5.0 generasi baharu yang menawarkan prestasi sehingga dua kali lebih pantas berbanding UFS 4.1 selain direka untuk...

    vivo lancar Concept Store baharu di Sunway Velocity Mall dengan pameran “imaging” tersendiri

    vivo Malaysia bakal membuka Concept Store baharu di Sunway Velocity Mall pada 27 Jun 2026 dengan membawa konsep lebih interaktif menerusi Immersive...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...