More

    Kenderaan asing yang datang dari Singapura ke Malaysia wajib ada “tag” RFID VEP

    Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata mana-mana kenderaan asing dari Singapura yang masuk ke Malaysia perlu mendapatkan tag Permit Kemasukan Kenderaan (Vehicle Entry Permit, VEP), berkuat kuasa bermula 1 Oktober 2024. Ini adalah bagi memastikan para pemilik kenderaan asing mematuhi peraturan jalan raya tempatan serta mengetahui sama ada terdapat saman yang perlu diselesaikan..

    Sistem VEP yang telah diperkenalkan sejak 2019 itu akan dikuat kuasakan sepenuhnya di Tambak Johor serta Laluan Kedua Malaysia-Singapura. Sebelum ini, beliau mengatakan daripada 200,000 kenderaan asing Singapura yang sudah berdaftar, hanya 70,000 kenderaan sahaja yang telah mengaktifkan tag VEP.

    Beliau berharap para pemilik kenderaan asing akan melengkapkan pendaftaran atau memperbaharui VEP mereka sebelum 1 Oktober 2024. Tag VEP yang menggunakan teknologi pengesahan frekuensi radio (RFID) itu hanya berharga RM10 dan sah digunakan selama lima tahun.

    Para pemilik kenderaan Singapura boleh memohon untuk tag tersebut dihantar ke kediaman mereka di Singapura untuk pemasangan sendiri, atau membawanya ke dalam Malaysia untuk pemasangan oleh pihak lain.

    Selepas 1 Oktober, mana-mana kenderaan asing Singapura yang didapati tidak mempunyai tag VEP akan didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih enam bulan, selari dengan Seksyen 66H (7) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga berhak menghalang mana-mana kenderaan Singapura daripada masuk ke Malaysia, jika mereka tidak mempunyai tag VEP. Sewaktu keluar dari Malaysia pula, JPJ berhak menghalang mereka jika terdapat isu atau saman yang belum diselesaikan.

    Untuk sempadan Malaysia-Thailand pula, beliau merancang untuk memperluaskan peraturan caj jalan (RC) dan VEP fasa kedua dalam masa terdekat. Buat masa ini, tag VEP hanya wajib dikenakan ke atas kenderaan Singapura sahaja.

    Maklumat lanjut mengenai VEP boleh didapati dalam laman web JPJ atau talian +60379412888. Beritahu kami di Facebook jika anda akan menggunakan VEP dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...