More

    Kerajaan akan bertegas terhadap platform X mengenai penyebaran kandungan lucah di situ

    Baru-baru ini, platform media sosial popular X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter) telah mengubah polisi mereka dan membenarkan para pengguna untuk memuat naik kandungan lucah ke dalam platform tersebut.

    Berikutan perkembangan tersebut, Menteri Komunikasi YB Fahmi Fadzil berkata kerajaan akan menyatakan pandangan tegas mengenai dasar negara kepada X, kerana penyebaran kandungan lucah adalah melanggar undang-undang Malaysia dan tidak dibenarkan sama sekali.

    Beliau menyatakan Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus, akan memastikan semua platform media sosial termasuk X supaya memahami bahawa penyebaran beberapa jenis kandungan seperti judi dalam talian dan bahan lucah tidak dibenarkan dalam Malaysia.

    Setakat ini tidak pasti jika kenyataan tegas daripada kerajaan ini akan mengelakkan tontonan kandungan lucah dalam X di Malaysia.

    Dasar baharu yang diambil oleh X itu membenarkan para pengguna untuk memuat naik kandungan lucah, selagi ia mendapat persetujaun daripada semua pihak yang muncul dalam kandungan tersebut. Pendedahan terhadap kandungan itu tidak akan dipaparkan kepada kanak-kanak dan mana-mana pengguna yang memilih untuk tidak melihatnya.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured