More

    Kerajaan akan mula salurkan bantuan STR Fasa 3 bermula Khamis ini

    Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 kepada lebih 8 juta penerima sedia ada yang akan diagihkan mulai Khamis, 29 Ogos 2024. Untuk makluman, penerima dan rayuan baharu akan menerima bayaran mulai 18 September 2024.

    Penerima/rayuan sedia ada dan baharu yang didaftarkan dalam pangkalan data STR akan menerima bayaran STR Fasa 3 melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat.

    Selain itu, pembayaran STR Fasa 3 melibatkan sejumlah 8.5 juta penerima dengan kadar bantuan tunai antara RM50 hingga RM650 bergantung kepada kategori masing-masing. Rujuk imej di atas untuk senarai kategori kelayakan dan kadar pembayaran STR Fasa 3.

    Untuk menyemak status kelayakan dan Soalan Lazim, anda boleh melawat portal rasmi STR di sini mulai 29 Ogos 2024. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured