More

    Kerajaan akan perkenal kursus untuk bantu ibu bapa didik anak dalam kegunaan peranti elektronik

    Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan CyberSecurity Malaysia akan melancarkan modul kemahiran keibubapaan siber (cyber parenting skill) bagi membantu ibu bapa mendidik anak-anak tentang etika penggunaan peranti elektronik dengan betul. Menteri KKMM Datuk Saifuddin Abdullah mengatakan ini adalah penting memandangkan penggunaan telefon pintar yang semakin biasa di kalangan kanak-kanak.

    Beliau mengatakan keselamatan siber dan pengawasan penggunaan peranti oleh anak-anak jarang dibincang di kalangan masyarakat. Ibu bapa perlu mempunyai pengetahuan secukupnya bagi mengawasi penggunaan gajet oleh anak-anak ia boleh dimanfaatkan sebaik mungkin.

    Tambah beliau, aspek kawalan kendiri dalam penggunaan teknologi perlu diajar sejak usia muda dengan penglibatan guru prasekolah. Ini juga bagi membendung kes buli siber yang boleh menjejaskan psikologi kanak-kanak.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured