More

    Kerajaan akan perkenal undang-undang tegas untuk tangani buli siber

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan memperkenalkan undang-undang yang lebih tegas untuk menangani isu buli siber yang semakin membimbangkan. Beliau menggesa beberapa agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan semaksimum yang mungkin dan tidak bertolak ansur dengan pesalah.

    Rang undang-undang untuk isu buli siber ini akan dibentang pada sesi Parlimen akan datang. Walaupun Malaysia mengamalkan kebebasan bersuara, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak menyalah gunakan kebebasan bersuara itu dengan mendera, menghina atau mengaibkan orang lain. Beliau turut menegaskan bahawa isu buli harus diutamakan kerana ia boleh menjejaskan psikologi mangsa serta mengancam keselamatan awam.

    Isu buli siber bukanlah sesuatu yang asing di Malaysia, malah telah menyebabkan kematian. Dalam kes terbaru pada Julai tahun ini, seorang pempengaruh berusia 30 tahun, A. Rajeswary, ditemui maut dalam sebuah kondominium kerana menjadi mangsa buli siber daripada seorang pengguna media sosial lain.

    Kami berharap usaha kerajaan ini boleh membanteras kes buli siber pada masa hadapan. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured