More

    Kerajaan akan tubuhkan pasukan khas untuk bincang kawal selia, penguatkuasaan media sosial

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kerajaan akan menubuhkan sebuah pasukan petugas khas yang akan membincangkan pengawalseliaan dan penguatkuasaan platform media sosial. Pasukan tersebut melibatkan Kementerian Komunikasi, Kementerian Dalam Negeri, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang bawah Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara.

    Keputusan itu diambil selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din, pada tiga hari lalu.

    Beliau menjelaskan polis memerlukan bantuan teknikal MCMC untuk pemeliharaan data dan pemprofilan, jadi pasukan tersebut akan ditubuhkan bagi memahami masalah yang dihadapi oleh DPP (Timbalan Pendakwa Raya).

    Beliau turut memberi contoh berkaitan siasatan untuk isu deepfake (palsu tulen) yang terlalu baharu dan mungkin perlu kerjasama dengan MCMC untuk memahamkan pembuktian dan mengumpulkan data secukupnya untuk dibawa ke mahkamah.

    Selain itu, beliau turut berkata kementeriannya sedang berusaha untuk memastikan proses pelesenan platform media sosial berjalan lancar bagi membendung masalah buli siber. Beliau telah bertemu dengan pihak Meta, TikTok, X dan WeChat, semua syarikat ini sedia untuk melalui proses pelesenan dengan kerajaan.

    Ia diharap akan mengelakkan kejadian yang tidak diingini dalam media sosial seperti penyebaran buli siber, ajaran sesat, fahaman ekstremis atau penjualan barang larangan seperti dadah.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured