More

    Kerajaan arahkan MCMC pantau jualan vape dan e-rokok dalam talian

    Kerajaan kini mengambil langkah tegas untuk membanteras penjualan vape dan e-rokok secara dalam talian. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, mengumumkan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah diarahkan untuk memperketat pemantauan di platform seperti Facebook dan WhatsApp.

    Langkah ini dibuat susulan kebimbangan orang ramai dan pihak berkuasa mengenai produk vape yang mengandungi bahan sintetik yang boleh membahayakan kesihatan termasuk dalam kalangan pelajar sekolah. Menurut Fahmi, laporan terperinci akan disediakan oleh MCMC dan dibentangkan kepada Jemaah Menteri.

    Dalam masa sama, Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan turut memainkan peranan dalam penguatkuasaan undang-undang berkaitan jualan vape. Beberapa negeri seperti Johor, Kelantan dan Terengganu sudahpun melarang penjualan vape sepenuhnya.

    Kerajaan Persekutuan kini melihat isu ini secara menyeluruh agar keselamatan dan kesihatan rakyat terutamanya kanak-kanak lebih terjamin. Tambahnya, keperluan menjadikan internet sebagai ruang yang selamat dan menegaskan bahawa jualan produk berisiko tinggi seperti vape tidak sepatutnya berlaku secara bebas di media sosial.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured