More

    Kerajaan bakal lancar garis panduan AI untuk media, perhubungan awam dan kandungan digital

    Malaysia akan memperkenalkan Guidelines for Responsible AI Communication iaitu satu inisiatif penting bagi memastikan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam komunikasi awam kekal beretika, telus dan bertanggungjawab.

    Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, garis panduan ini akan memberi panduan jelas kepada para profesional dalam bidang media, perhubungan awam dan pencipta kandungan digital selaras dengan perubahan landskap komunikasi yang semakin dipengaruhi teknologi AI. Garis panduan ini bertujuan menyokong Pelan Hala Tuju AI Kebangsaan dan memastikan komunikasi yang dipacu AI tidak mengetepikan nilai kemanusiaan.

    Ia dijangka menjadi pelengkap kepada usaha kerajaan dalam merangka dasar AI yang menyeluruh dan memberikan kerangka rujukan kepada semua pihak yang terlibat dalam komunikasi berasaskan AI termasuk penggunaan chatbot, sistem penjana kandungan automatik, analitik berasaskan AI dalam media sosial dan komunikasi korporat.

    Menariknya, Presiden Institut Perhubungan Awam Malaysia (IPRM), Jaffri Amin Osman turut terlibat dalam membentuk dasar di peringkat antarabangsa melalui Venice Pledge yang kini menjadi penanda aras global dalam memastikan AI digunakan secara beretika dalam komunikasi melibatkan rakyat.

    Inisiatif ini adalah langkah awal kerajaan ke arah perundangan atau piawaian yang lebih ketat dalam memastikan AI tidak disalah guna untuk menyebarkan maklumat palsu atau manipulatif. Garis panduan dijangka diumum dan dibentangkan secara rasmi dalam masa terdekat. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured