More

    Kerajaan bakal ‘lepaskan’ DNB kepada entiti swasta selepas capai 80% liputan 5G

    Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Ali Hanafiah Mohd Yunus mendedahkan bahawa sebaik sahaja 80% liputan populasi 5G dicapai, entiti swasta akan mengambil alih DNB. Kerajaan akan melupuskan keseluruhan pegangan dalam DNB dan kedua-dua rangkaian 5G akan dikendalikan oleh entiti swasta.

    syarikat yang belum disebutkan itu akan mendapatkan gabungan 65% pegangan ekuiti dalam DNB manakala Kementerian Kewangan memegang baki 35% pegangan. Minggu lalu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengumumkan keputusan kerajaan untuk beralih daripada rangkaian borong tunggal kepada model rangkaian dwi untuk penggunaan 5G.

    Menurut Fahmi, keputusan membenarkan rangkaian 5G kedua di Malaysia dibuat untuk mengelakkan titik kegagalan dan mewujudkan lebihan untuk 5G. Sejurus selepas pengumuman itu, CelcomDigi menamatkan perjanjian ekuitinya dengan DNB kerana syarat di bawah perjanjian langganan saham (SSA) telah luput.

    Syarikat telekomunikasi yang baru digabungkan itu berkata penamatan SSA akan membuka laluan kepada mereka untuk mengambil bahagian dalam sebarang proses baharu termasuk penyertaan ekuiti bersama-sama industri. CelcomDigi memberi jaminan bahawa penamatan perjanjian ekuiti tidak akan memberi kesan kepada pelanggan untuk liputan 5G.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BH Online

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured