More

    Kerajaan bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi untuk sebar SMS amaran banjir sepanjang tahun

    Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengumumkan bahawa mereka akan bekerjasama dengan pelbagai syarikat telekomunikasi tempatan bagi mewujudkan sistem hebahan untuk amaran awal banjir melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS). Inisiatif ini diharap boleh bantu orang ramai di kawasan berisiko banjir untuk ambil langkah berjaga-jaga dan pindah ke kawasan selamat.

    Syarikat-syarikat telekomunikasi yang terlibat adalah CelcomDigi, Maxis, UMobile, TM/Webe, YTL, Time, DNB, XOX, TuneTalk, redONE Network, BeONE Network dan Valyou/HelloSim Network. Semua syarikat ini akan menanggung kos hebahan SMS ini sepenuhnya sebagai tanggungjawab sosial korporta (CSR) masing-masing.

    Jika NADMA mendapati terdapat sebuah risiko banjir di sesuatu kawasan, Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) akan menghantar notis awal kepada setiap syarikat telekomunikasi di atas, kemudian mereka akan menyebarkan SMS dan flash broadcast secara bersasar kepada para penduduk yang menghadapi risiko tersebut.

    Berikut adalah contoh SMS yang akan disebarkan kepada para penduduk yang menghadapi risiko banjir:

    NADMA: Banjir dijangka di kampung2 di Daerah Sik mulai 6.00 petang sehingga 11.00 malam, 28/10/2024. Layari portal bencana NADMA untuk info lanjut

    NADMA turut bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyebarkan SMS amaran ini.

    Syarika telekomunikasi juga telah memerkasakan tapak stesen pemancar di 442 lokasi yang berisiko tinggi, serta menyediakan penjana kuasa dan stesen pemancar mudah alih supaya gangguan perkhidmatan boleh dikurangkan.

    Pada tahun-tahun lalu, SMS Amaran Banjir hanya disediakan sewaktu Monsun Timur Laut (MTL). Bermula tahun ini, ia akan diteruskan sepanjang tahun dan tidak terhad semasa MTL sahaja.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika maklumat ini membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured