More

    Kerajaan beri bantuan peranti elektronik bernilai RM300,000 kepada mangsa letupan Putra Heights

    Bagi mengurangkan beban penduduk Putra Heights yang terjejas akibat letupan gas besar baru-baru ini, Kementerian Digital telah memberi sumbangan peranti elektronik bernilai sekitar RM300,000 kepada mereka.

    Ini termasuklah 500 buah power bank, 150 buah bag sekolah dan alat tulis, 100 buah tablet, 138 buah komputer riba, 4 buah mesin cetak dan lain-lain barangan.

    Inisiatif ini diterajui oleh agensi-agensi di bawah kementerian tersebut seperti Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), MyDigital Corporation dan Digital Nasional Berhad (DNB).

    Bantuan peranti ini turut disumbang oleh beberapa pihak swasta seperti Payments Network
    Malaysia (PayNet), Kiddocare Sdn Bhd, Huawei Malaysia, PIKOM, Sri Computers Sdn Bhd, Dell Technologies, Jirnexu Malaysia Sdn Bhd, Lenovo Malaysia, Ant International, Acer Malaysia dan lain-lain penderma persendirian.

    Terima kasih kepada Kementerian Digital dan semua pihak yang menjayakan usaha ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured