Melalui sidang Program Khas Dan Pembentangan Belanjawan 2021 hari ini, Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk memberikan RM180 kepada golongan B40, khas untuk membayar perkhidmatan atau servis internet mereka.
Untuk pengetahuan anda, RM180 akan diberi dalam bentuk kredit telekomunikasi kepada 8 juta golongan B40. Bantuan ini boleh digunakan sama ada untuk membayar langganan internet atau kos untuk telefon bimbit baharu.
Sebagai tambahan, kerajaan akan membekalkan belanja tambahan kepada syarikat telekomunikasi RM1.5 bilion yang akan diberi kepada rakyat dalam bentuk perkhidmatan data percuma.
Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: MOFMalaysia






