More

    Kerajaan berundur, CelcomDigi, Maxis dan YTL kini kendali DNB

    Fasa baharu pelaksanaan 5G di Malaysia telah bermula apabila kerajaan mula menarik diri daripada struktur pemilikan Digital Nasional Berhad (DNB). Menteri Digital, Gobind Singh Deo mengesahkan bahawa semua liabiliti kewangan DNB akan dipikul sepenuhnya oleh tiga syarikat telekomunikasi iaitu CelcomDigi, Maxis dan YTL Power yang masing-masing memiliki 19.44% saham.

    Sementara itu, MOF Inc pula kekal sebagai pemegang utama dengan 41.7% saham. Bagi menyokong operasi DNB, ketiga-tiga syarikat tersebut telah menyuntik tambahan modal sebanyak RM116.67 juta selepas sumbangan terdahulu berjumlah RM233.23 juta. Ini menjadikan pelaburan setiap syarikat melebihi RM350 juta atau lebih RM1 bilion secara keseluruhan.

    Langkah ini menandakan peralihan penting daripada pembiayaan awam kepada pembiayaan sepenuhnya oleh pihak swasta. Gobind menjelaskan bahawa DNB akan beroperasi secara mampan melalui perjanjian pemegang saham yang menetapkan mekanisme kesinambungan kewangan.

    Dalam masa sama, pelancaran rangkaian 5G kedua oleh U Mobile tidak akan diteruskan sehingga semua pembiayaan kerajaan selesai dilunaskan oleh pemegang saham DNB. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BH Online

    Sumber: The Edge

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured