More

    Kerajaan guna biodiesel B15 mulai 1 Jun sebagai usaha turunkan harga diesel

    Malaysia akan melaksanakan penggunaan biodiesel B15 secara rasmi bermula 1 Jun 2026 sebagai sebahagian usaha menstabilkan harga diesel dan memperkukuh penggunaan tenaga alternatif. Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia akan melibatkan operasi 19 loji biodiesel berlesen di seluruh negara bagi menyokong pengeluaran dan bekalan bahan api tersebut.

    B15 merujuk kepada campuran 15% biodiesel berasaskan minyak sawit dengan diesel petroleum selaras dengan strategi kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil serta menyokong industri sawit tempatan.

    Menurut beliau, pelaksanaan akan dilakukan secara berperingkat sebelum ditingkatkan ke tahap lebih tinggi iaitu B20 dan berpotensi mencecah B50 dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang. Pendekatan berfasa penting bagi memastikan kestabilan harga minyak sawit mentah (CPO) tidak memberi tekanan kepada kos pengeluaran biodiesel.

    Selain membantu menstabilkan harga diesel, pelaksanaan B15 dijangka memberi kesan positif kepada kos operasi melalui pengeluaran berskala besar yang menjadikan biodiesel sebagai alternatif yang lebih kompetitif dalam pasaran tenaga.

    Langkah ini juga dilihat sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan dalam mempercepatkan peralihan ke arah penggunaan tenaga lebih mampan serta memperkukuh kedudukan Malaysia dalam sektor biofuel serantau. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Utusan Malaysia

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured