More

    Kerajaan Indonesia mungkin akan haramkan PUBG selepas insiden letupan di Jakarta

    Kerajaan Indonesia pada waktu ini sedang buat pertimbangan untuk mengenakan sekatan terhadap beberapa permainan video termasuklah PUBG, selepas sebuah kejadian letupan di Jakarta yang mencederakan hampir 100 orang.

    Presiden Indonesia Prabowo Subianto telah mengarahkan kabinetnya untuk meneliti keputusan tersebut selepas menerima maklumat siasatan terkini daripada pihak polis tempatan. Mereka mungkin akan meluaskan sekatan tersebut kepada beberapa permainan video lagi kerana ia dipercayai telah menormalisasikan keganasan dalam kalangan kanak-kanak.

    Letupan tersebut berlaku dalam sebuah masjid di sebuah sekolah Jakarta pada Jumaat lalu sewaktu ramai pelajar ingin melaksanakan ibadah Jumaat. Pihak berkuasa sedang menyiasat kemungkinan bahawa terdapat seorang pelajar yang mungkin menjadi dalangnya.

    Pihak polis Indonesia telah merampas serbuk letupan dan tulisan-tulisan dari rumah suspek yang berumur 17 tahun. Mereka juga sedang menyiasat hubungannya yang mungkin terdapat dengan kumpulan-kumpulan pembenci.

    Mereka turut menolak kemungkinan bahawa ia adalah tindakan yang dilakukan oleh pengganas. Seorang penganalisis Indonesia berkata suspek kerap dibuli dan mungkin ingin membalas dendam dengan meniru keganasan yang dilakukan oleh pengganas antarabangsa.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: South China Morning Post

     

    Artikel Terkini

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    vivo OriginOS 7 dilancar dengan prestasi lancar hingga 72 bulan!

    vivo secara rasmi memperkenalkan sistem operasi OriginOS 7 yang direka untuk mengekalkan prestasi lancar menerusi ujian anti-penuaan makmal selama 72 bulan. Sistem...

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured