More

    Kerajaan Itali mula melarang TikTok

    TikTok adalah sebuah perkhidmatan media sosial yang amat popular namun telah pun dilarang dalam beberapa negara atas soal keselamatan pengguna. Terbaru, Pihak Berkuasa Perlindungan Data (DPA) Itali telah melarang penggunaan TikTok buat para pengguna yang tidak boleh disahkan umur mereka.

    Tindakan ini diambil susulan kematian seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun yang telah mati tercekik kerana menyertai satu trend TikTok bernama “blackout challenge”. Beliau dijumpa oleh adiknya yang berumur lima tahun dalam biliknya bersama telefon pintar.

    Kerajaan Itali memerlukan sebarang pemberi perkhidmatan internet untuk mendapatkan izin daripada ibu bapa buat pengguna yang berumur 14 tahun ke bawah. DPA mengatakan TikTok membenarkan pengguna bawah umur untuk membuat satu akaun dengan sangat mudah menggunakan tarikh lahir palsu.

    DPA akan melarang pengguna TikTok yang umurnya tidak dapat diiktiraf sehigga 15 Februari. Wakil dari TikTok mengatakan mereka masih tidak dapat mencari sebarang video yang boleh mempengaruhi nasib kanak-kanak tersebut namun akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Itali untuk siasatan lanjut.

    Antara negara lain yang telah melarang TikTok adalah India dan Pakistan, manakala Amerika Syarikat masih menunggu syarikat tersebut untuk dijual kepada syarikat dari negara itu. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Guardian

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured