More

    Kerajaan Jerman ingin syarikat telefon pintar sediakan kemas kini selama 7 tahun

    Pada masa ini, setiap telefon pintar biasanya akan menerima jaminan oleh syarikat pembinanya bahawa ia akan menerima kemas kini perisian dan keselamatan (software and security updates) selama dua ke tiga tahun. Walau bagaimanapun, kerajaan Jerman ingin mendesak syarikat telefon untuk memanjangkan lagi tempoh penyediaan kemas kini kepada pelanggan.

    Kerajaan Jerman kini mencadangkan Kesatuan Eropah (EU) untuk mewajibkan syarikat telefon pintar menyediakan kemas kini kepada setiap telefon pintar selama tujuh tahun. Selain itu, mereka juga ingin syarikat telefon untuk menyediakan lebih banyak komponen ganti (spare parts) untuk memanjangkan hayat penggunaan telefon.

    Cadangan ini dibentangkan demi melindungi alam sekitar dengan mengurangkan bahan buangan yang terhasil apabila para pengguna kerap menukar telefon mereka. Selain itu, kemas kini yang berpanjangan juga membenarkan pengguna untuk kekal bersama telefon mereka, tanpa perlu merisaukan tentang isu keselamatan siber yang mungkin boleh terjejas jika telefon mereka tidak menerima kemas kini terbaru.

    Seperti yang boleh dijangka, cadangan tersebut telah dibangkang oleh pelbagai syarikat teknologi termasuk Apple, Google dan Samsung di mana mereka hanya ingin menawarkan kemas kini telefon selama tiga tahun sahaja. Untuk komponen ganti pula, mereka hanya akan menawarkan gantian untuk skrin dan bateri, manakala komponen lain seperti kamera dan pembesar suara tidak akan disediakan.

    Jika cadangan ini diluluskan, ia mungkin akan dikuat kuasa bermula 2023. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Engadget

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured