More

    Kerajaan Johor sasar 1500 stesen pengecasan, 15,000 pendaftaran EV menjelang 2030

    Kerajaan Negeri Johor mensasarkan sebanyak 15,840 pendaftaran kenderaan elektrik (EV) menjelang tahun 2030 berbanding 977 unit yang telah berdaftar ketika ini. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Hijau Johor, Ling Tian Soon, negeri itu juga menyasarkan pembinaan 1,245 stesen pengecas EV dalam tempoh lima tahun akan datang.

    Buat masa ini, terdapat hanya 377 stesen yang tersedia. Ling menambah bahawa untuk memastikan peralihan yang lancar, majlis tempatan akan dikehendaki meluluskan permohonan stesen pengecas EV dalam tempoh tujuh hari bekerja.

    Langkah ini turut dijangka menarik lebih ramai pengguna EV dari Singapura. Sejajar dengan dasar baharu pengangkutan negeri, kawasan komersial baharu diwajibkan menyediakan sebahagian ruang parkir dengan kemudahan pengecas EV.

    Selain itu, kerajaan negeri turut menggalakkan pelaburan domestik dan asing dalam tenaga boleh diperbaharui dengan matlamat menjana 600 megawatt (MW) tenaga hijau menjelang 2030. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured