More

    Kerajaan Malaysia dijangka sedang rancang rangkaian 5G kedua untuk tahun depan

    Rangkaian 5G mula dipasang untuk rakyat Malaysia pada tahun 2021 dan hampir seluruh Malaysia boleh menggunakan sambungan itu. Menurut sumber, Malaysia merancang untuk memperkenalkan rangkaian 5G kedua mulai tahun depan dalam rombakan dasar terbaharu yang bertujuan untuk menghapuskan monopoli dan menggalakkan persaingan pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang berusia enam bulan.

    Sejak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri pada November tahun lepas, Anwar telah mengarahkan kajian semula berbilion-bilion dolar dalam projek-projek kerajaan kerana beliau ingin mengukuhkan tadbir urus dan meminimumkan perbelanjaan yang membazir. Beliau juga berikrar untuk meningkatkan persaingan bagi memastikan perkhidmatan yang lebih baik untuk orang ramai.

    Kementerian komunikasi dan digital (KKD) memberitahu sumber bahawa belum ada keputusan yang dibuat mengenai 5G dan masih dalam semakan. Pelan untuk rangkaian kedua bergantung kepada Digital Nasional Berhad (DNB) dan pengendali mudah alih untuk memastikan liputan rangkaian 5G mencapai sasaran kerajaan meningkat ke 80% daripada kawasan berpenduduk di Malaysia menjelang akhir tahun ini.

    Setakat ini, empat firma telekomunikasi Malaysia termasuk Maxis Bhd (MXSC.KL), U Mobile, Telekom Malaysia (TLMM.KL) dan YTL Communications (YTLS.KL) tidak segera menjawab permintaan untuk mendapatkan ulasan manakala DNB dan CelcomDigi (CELC.KL) enggan memberi sebarang ulasan.

    Dalam pada itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata minggu lepas liputan rangkaian 5G telah mencapai 55% di kawasan berpenduduk. CelcomDigi, Telekom dan YTL bersetuju pada tahun lalu untuk mengambil alih 65% kepentingan kolektif dalam agensi itu dengan kerajaan memegang baki 35%.

    U Mobile kemudiannya menyertai firma telekomunikasi lain dalam mendaftar untuk mengakses rangkaian 5G DNB manakala Maxis ingin menunggu sehingga semakan kerajaan terhadap DNB selesai. 

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured