More

    Kerajaan Malaysia rancang sediakan insentif untuk B40 dalam pembelian EV, tetapi hanya untuk e-motosikal

    Kerajaan Malaysia mungkin memperkenalkan insentif baharu khusus untuk kumpulan B40 yang ingin membeli kenderaan elektrik (EV) dalam Bajet 2024. Insentif sebegitu digembar-gemburkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), tetapi hanya terpakai kepada pembelian e-motosikal.

    Menurut sumber, Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) MITI, Datuk Hanafi Sakri berkata cadangan itu sudah dihantar kepada Kementerian Kewangan (MOF) dan mengharapkan maklum balas yang positif kerana inisiatif itu akan memajukan lagi industri EV di Malaysia.

    Hanafi seterusnya menghuraikan bahawa pasaran EV dua roda di Malaysia masih rendah iaitu kurang daripada satu peratus. Selain itu, Timbalan Ketua Setiausaha MITI turut mendedahkan bahawa kerajaan telah pun memperkenalkan banyak insentif pada 2022 dan 2023 untuk membangunkan industri itu.

    Sebagai contoh, Malaysia menyasarkan untuk mempunyai 10000 stesen pengecas EV di seluruh negara menjelang 2025 yang terdiri daripada 1000 pengecas pantas arus terus dan 9000 pengecas arus ganti.

    Jadi, apakah pendapat anda tentang cadangan MITI untuk memberi insentif kepada golongan B40 membeli e-motosikal? Komen di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    Penuntut Monash menang James Dyson Award 2026 Malaysia menerusi peranti ZeMor

    Pelajar tahun akhir kejuruteraan dari Monash University Malaysia, Hayley Nea Iaduray, diumumkan sebagai Pemenang Kebangsaan James Dyson Award 2026 menerusi ciptaan peranti...

    Samsung Galaxy A08 dilancar dengan bateri 6,000mAh dan kemas kemas kini OS 6 tahun

    Samsung melancarkan telefon pintar kelas asas baharu iaitu Samsung Galaxy A08 secara senyap untuk pasaran global. Peranti ini memfokuskan kepada ketahanan penggunaan...

    NaviX Ultra: Cubaan kedua Nubia buat telefon AI

    Nubia secara rasmi melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu Nubia NaviX Ultra dalam pasaran China. Peranti ini dipasarkan sebagai telefon berasaskan ejen AI...

    Xiaomi 18 Pro disahkan hadir dengan aplikasi AI sendiri pada skrin belakang

    Xiaomi mengesahkan siri Xiaomi 18 Pro hadir dengan paparan skrin belakang dipanggil Versatile Back Screen yang menyokong pemprosesan aplikasi jana AI. Ciri...

    Siri OPPO A7 Pro diumum di Malaysia dengan bateri 10,000mAh, cas pantas 80W dan...

    OPPO melancarkan dua model peranti baharu untuk pasaran tempatan iaitu OPPO A7 Pro 5G dan OPPO A7 Pro Max 5G yang memfokuskan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured