More

    Kerajaan Malaysia umumkan 1GB Internet percuma setiap hari, diskaun 50% bil elektrik bermula 1 April ini

    [Kemas kini, 27 Mac 2020 8:43PM] Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai Internet percuma. Semua pelanggan Pascabayar dan Prabayar Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile bakal menerima internet berkelajuan tinggi percuma 1GB sehari bermula 1 April ini. Untuk pengetahuan anda, data percuma ini boleh digunakan di antara jam 8 pagi dan 6 petang. Rujuk disini untuk kenyataan rasmi penuh.

    Melalui pengumuman perutusan khas Pakej Rangsangan Ekonomi oleh Perdana Menteri sebentar tadi, kerajaan akan mengeluarkan RM250 bilion yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat. Ini termasuklah Internet percuma 1GB setiap hari bagi semua pengguna bermula 1 April hingga tamat tempoh Perintah Kawalan pergerakan.

    Tawaran ini adalah dibawah pakej khas untuk industri telekomunikasi dan multimedia dengan kerjasama syarikat telekomunikasi. Sebagai tambahan, RM400 juta akan dilaburkan untuk meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian yang sedia ada bagi mengekalkan ketersediaan dan kualiti rangkaian telekomunikasi yang tinggi.

    Kita sudah berada di penghujung bulan Mac. Ini bermakna masih berbaki beberapa hari lagi untuk kita menikmati 1GB data percuma setiap hari. Apa pun, inisiatif ini adalah untuk memastikan rakyat dapat berhubung sekaligus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

    “Kerajaan bersama TNB akan menambah peruntukan sebanyak RM530 juta lagi untuk memberikan diskaun berperingkat antara 15% hingga 50% mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 600 kilowatt sebulan. Diskaun 50% akan diberikan kepada penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt, 25% bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt dan 15% bagi penggunaan 301 hingga 600 kilowatt.

    Diskaun ini akan berkuatkuasa bagi tempoh enam bulan mulai bil bulan April 2020. Sementara itu, diskaun sebanyak 2% seperti dimaklumkan sebelum ini akan terus dinikmati oleh semua pengguna isi rumah,” jelas Perdana Menteri melalui perutusannya tadi.

    Luahkan komen anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita sebegini yang selanjutnya.

    Sumber: SKMM

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured