More

    Kerajaan mungkin tawarkan perkhidmatan 5G yang lebih murah berbanding 4G

    Menteri Komunikasi dan Telekomunikasi Malaysia mencadangkan perkhidmatan 5G yang lebih murah berbanding 4G. Ini disebabkan oleh pihak kerajaan yang menggunakan DNB (Digital Nasional Berhad) untuk pengurusan infrakstruktur dan pengurangan kos.

    Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri telah membentangkan perancangan kerajaan untuk mempercepatkan pembinaan infrastruktur rangkaian 5G. Pihak swasta turut membantu dengan melabur sebanyak RM15 bilion dengan matlamat agar Malaysia menjadi negara kedua tertinggi dalam pembangunan 5G di Asia Tenggara dalam masa tiga tahun lagi.

    Kami masih tidak dapat kepastian mengenai perkhidmatan 5G yang mungkin ditawarkan sama ada dari segi plan atau penambahan data. Perkhidmatan 5G dijangka tersedia terlebih dahulu di Kuala Lumpur, Cyberjaya dan Putraja seawal Disember 2021 kemudian, diikuti di negeri-negeri lain.

    Tidak dilupakan juga, Melaka merupakan negeri yang akan mendapat keutamaan perkhidmatan 5G terlebih dahulu kerana ia merupakan negeri tarikan orang ramai dan pelancongan dengan pelabur asing. Pihak kerajaan akan memasang ‘booster’ di banyak lokasi sebagai penyelesaian jangka pendek buat sementara ini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured