Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini mengatakan kerajaan akan menaikkan jumlah nilai kredit daripada RM50 seperti yang diumum sebelum ini kepada RM100 untuk 15 juta pengguna e-dompet pada akhir bulan ini.
Beliau berkata kerajaan akan bekerjasama dengan syarikat swasta bagi memperuntukkan RM750 juta agar jumlah keseluruhan RM1.5 bilion ringgit boleh dicapai untuk menjayakan inisiatif e-PENJANA. Ini bermaksud tambahan RM50 itu akan ditajakan oleh pihak swasta.
RM100 akan dikreditkan melalui e-dompet Touch n Go eWallet, GrabPay atau Boost. Beliau membuat pengumuman itu dalam sebuah sidang media selepas bertemu Ketua Menteri Melaka Datuk Sulaiman Md Ali pada hari ini.
Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: China Press, Gambar: Berita Harian






