More

    Kerajaan pasang lebih 3,000 titik akses Wi-Fi di IPTA, bantu pelajar dapatkan internet

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kerajaan telah memasang 3,149 titik akses Wi-Fi di tiga institusi pendidikan tinggi awam (IPTA), bagi meningkatkan capaian internet untuk para pelajar. Ini merupakan fasa pertama dalam inisiatif ini dan ia akan diluaskan lagi ke IPTA seluruh negara.

    Daripada jumlah tersebut, 1,837 titik akses dipasang di Universiti Malaya, manakala bakinya dipasang di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP). Fasa pertama ini siap pada 5 Februari lalu dan mengambil kos sebanyak RM11.6 juta.

    Untuk fasa kedua, kerajaan akan memasang 31,173 titik akses bermula bulan Mac di 14 IPTA, 24 politeknik dan 43 kolej komuniti di seluruh negara. Fasa kedua akan megambil masa selama empat bulan untuk disiapkan dan mengambil kos sebanyak RM175.8 juta.

    Inisiatif ini diambil selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar liputan internet dalam kampus, kolej dan universiti perlu ditambah baik. Ia turut melibatkan kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bagi menyelesaikan isu capaian internet dalam IPTA yang terlibat.

    Walapun Kementerian Komunikasi dan MCMC pernah menawarkan pakej telekomunikasi Rahmah Siswa yang menyediakan data 30GB selama enam bulan pada harga diskaun 50 peratus untuk mahasiswa, mereka lebih berharap kepada Wi-Fi kampus kerana jaringannya lebih luas.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured