More

    Kerajaan perkenalkan bantuan e-baucar Program Jualan Malaysia, bermula dari RM20 seorang

    Bagi menggalakkan amalan pembayaran tanpa tunai di kalangan rakyat Malaysia, kerajaan memperkenalkan inisiatif e-baucar Program Jualan Malaysia yang akan berlangsung pada 30 Ogos hingga 31 Disember 2022.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini adalah sebahagian daripada Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) yang bertujuan merapatkan jurang perkembangan ekonomi digital dalam sektor peruncitan yang melibatkan ramai peniaga kecil di kawasan luar bandar.

    Kerajaan akan memperuntukkan RM2 juta bagi menjayakan inisiatif ini, manakala e-baucar boleh dimuat turun melalui aplikasi MySales Tracker yang akan disediakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

    Buat masa ini, insentif e-baucar ini hanya akan disediakan kepada penduduk di kawasan parlimen Bera. Insentif e-baucar bernilai RM20 akan disediakan kepada 1,000 orang, manakala 1,500 kumpulan sasar terpilih akan menerima RM100 untuk setiap kumpulan.

    Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaan e-baucar ini di luar kawasan Bera. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: RTM

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured