More

    Kerajaan rancang luaskan liputan telekomunikasi di lebuh raya yang tidak mempunyai liputan

    Menteri Kerja Raya, YB Alexander Nanti Linggi, berkata kerajaan telah mengenal pasti sekitar 50 kilometer jajaran lebuh raya dalam Malaysia yang tidak menerima sebarang liputan telekomunikasi dan pihaknya merancang untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan segera.

    Jajaran lebuh raya yang terlibat termasuklah Lebuhraya PLUS, Lebuhraya Pantai Barat (WCE) dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

    Bagi menyelesaikan masalah ini, beliau dan Menteri Komunikasi, YB Datuk Ahmad Fahmi Fadzil, telah mengadakan mesyuarat bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk meningkatkan usaha menambah baik liputan telekomunikasi di lebuh raya.

    Hasil daripada mesyuarat tersebut, mereka menubuhkan Penubuhan Pasukan Petugas Khas LLM-MCMC yang menyelaras pelan tindakan secara menyeluruh. Mereka akan mengenal pasti lokasi kritikal drop call dan meneliti keperluan pemasangan infrastruktur telekomunikasi.

    Konsesi yang mengurus lebuh raya juga akan digerakkan untuk mencari pelaksanaan solusi jangka pendek dan panjang. Selain itu, LLM Wilayah dan MCMC Negeri akan membuat semakan tapak dan membina kemudahan bekalan kuasa bagi pemasangan infrastruktur sokongan.

    Beliau turut mencadangkan MCMC supaya menangani gangguan frekuensi dan menyokong keperluan teknikal untuk melaksanakan sistem Multi-Lane Free Flow (MLFF) pada masa hadapan bagi meningkatkan aliran trafik.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured