More

    Kerajaan sasar pendaftaran 15 juta pengguna MyDigital ID tahun ini

    Kerajaan Malaysia mempunyai perancangan besar untuk memperluaskan penggunaan MyDigital ID apabila menyasarkan tambahan 15 juta pendaftaran baharu sepanjang tahun 2026. Sasaran ini merupakan sebahagian daripada usaha nasional untuk memperkukuh penggunaan identiti digital bersepadu di seluruh negara.

    MyDigital ID melepasi separuh daripada sasaran semasa dengan kira-kira 8.7 juta pengguna yang telah berdaftar setakat ini. Tahap penggunaan juga menunjukkan peningkatan ketara apabila lebih 400,000 akses direkodkan setiap minggu. Peningkatan jumlah pendaftaran ini didorong oleh integrasi MyDigital ID dengan lebih 80 aplikasi dan portal daripada sektor kerajaan dan swasta.

    Melalui fungsi log masuk tunggal, pengguna kini boleh mengakses pelbagai perkhidmatan digital dengan lebih mudah dan menjadikan MyDigital ID sebagai alat harian untuk urusan dalam talian melibatkan perkhidmatan awam serta komersial. Selain itu, MyDigital ID turut memperluaskan strategi promosi dengan bekerjasama bersama pemandu e-hailing.

    Pendekatan ini bertujuan menjadikan MyDigital ID lebih mudah dikenali dalam persekitaran bandar dan membantu membina kepercayaan khususnya dalam kalangan komuniti yang sentiasa bergerak aktif. Sebagai makluman, MyDigital ID berfungsi sebagai sistem log masuk digital yang selamat untuk perkhidmatan dalam talian dan tidak menggantikan MyKad.

    Ia direka bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kemudahan transaksi digital dengan menyediakan kaedah pengesahan identiti yang dipercayai. Jangan lupa untuk daftar MyDigital ID untuk permudahkan urusan mendatang. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Astro Awani

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured