More

    Kerajaan sasarkan kutipan e-sisa dari rumah sebanyak 3,000 metrik tan pada 2026

    Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan bahawa mereka menyasarkan kutipan e-sisa (e-waste) dari isi rumah seluruh negara sebanyak 3,000 metrik tan (MT) pada 2026. Ia merupakang peningkatan sebanyak 1,000MT berbanding sasaran tahun ini.

    Ketua Pengarahnya Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata peningkatan ini selaras dengan jumlah penggunaan barang elektronik yang semakin meningkat.

    Bagi memudahkan orang ramai untuk mengitar semula e-sisa, JAS akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak-pihak lain seperti pusat beli-belah bagi mewujudkan pusat pengumpulan e-sisa.

    Orang ramai boleh merujuk laman web https://ewaste.doe.gov.my/ untuk semak pusat kutipan e-sisa yang berhampiran. Ia akan terus dikemas kini oleh JAS bagi memudahkan proses penghantaran e-sisa untuk orang ramai.

    Buat masa ini, terdapat 157 pusat pengumulan e-sisa isi rumah yang berdafar dengan JAS di seluruh negara dan jumlah itu dijangka akan terus meningkat.

    Walaupun program pengumpulan e-sisa isi rumah ini telah mengumpul 13,363 MT e-sisa sejak pengenalannya pada 10 tahun lepas, beliau berkata tahap kesedaran awam mengenai isu ini masih rendah.

    Oleh yang demikian, kempen kesedaran awam akan terus digiatkan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pengurusan e-sisa yang betul dan membudayakan amalan kitar semula.

    JAS akan bekerjasama dengan industri, PBT, pertubuhan bukan kerajaan dan komuniti pengguna untuk memperkukuh mekanisme pengurusan e-sisa isi rumah. Jabatan itu juga melaksanakan Hari Pengumpulan E-Sisa Nasional pada hari Sabtu terakhir setiap bulan untuk mendidik masyarakat mengenai pengurusan e-sisa yang tepat.

    "
    "

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured