More

    Kerajaan sedang kaji impak teknologi AI terhadap peluang pekerjaan di Malaysia

    Menteri Digital, Gobind Singh Deo, mendedahkan bahawa kementeriannya bersama Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) sedang mengkaji kesan teknologi terutama kecerdasan buatan (AI) terhadap pekerjaan serta mengenal pasti peluang pekerjaan baharu dalam masa terdekat di Malaysia.

    Sehubungan itu, Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) yang baru sahaja dilancarkan akan memainkan peranan dalam kajian ini dan mengemukakan cadangan bagi memastikan rakyat Malaysia kekal dalam tenaga kerja. Menurut laporan Bernama, Gobind memahami kebimbangan masyarakat terhadap penggunaan teknologi dan kesannya terhadap pekerjaan.

    Namun, beliau menegaskan bahawa aspek pekerjaan merupakan keutamaan penting bagi kerajaan. Tambahnya, meskipun kerajaan menggunakan teknologi untuk meningkatkan perniagaan dan ekonomi, ia juga perlu memastikan rakyat masih mempunyai peluang pekerjaan.

    Malah, beliau mendedahkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada bulan lalu telah mengarahkan kementeriannya untuk mengkaji pekerjaan yang mungkin terkesan akibat kecerdasan buatan (AI). Oleh itu, NAIO akan menjalankan kajian serta mengemukakan cadangan bagi menangani isu ini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured