More

    Kerajaan hadkan pembinaan rangkaian 5G oleh DNB sehingga 80% liputan sahaja

    Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil hari ini berkata kerajaan telah bersetuju supaya pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia akan diteruskan melalui syarikat kenderaan khas (special purpose vehicle, SPV) Digital Nasional Berhad (DNB) sehingga mereka mencapai 80% liputan di kawasan berpenduduk menjelang hujung 2023.

    Selepas peratusan itu dicapai, kerajaan akan menggunakan model dwirangkaian yang menawarkan kepelbagaian rangkaian untuk rakyat dan sektor perindustrian. Model ini telah dipilih supaya ia menamatkan unsur monopoli yang sering dikaitkan dengan DNB.

    Sebelum ini, pembinaan infrastruktur 5G kebangsaan hanya dipertanggungjawabkan kepada DNB sahaja, kemudian syarikat telekomunikasi mudah alih (mobile network operators, MNO) perlu bekerjasama dengan DNB untuk menggunakan infrastruktur DNB dalam menawarkan rangkaian 5G kepada pengguna.

    Nampaknya dengan pengumuman baharu oleh KKD ini, DNB bukan lagi satu-satunya syarikat yang bertanggungjawab dalam mengendali infrastruktur 5G di seluruh negara.

    Beberapa MNO telah menyambut baik keputusan oleh kerajaan ini, termasuklah daripada Maxis, U Mobile, TM dan CelcomDigi.

    Di samping itu, peralihan ini diharap boleh terus menawarkan langganan 5G sedia ada pada kadar yang berpatutan untuk rakyat. KKD akan terus bekerjasama dengan Kementerian Kewangan, DNB dan MNO untuk memastikan peralihan kepada model dwirangkaian akan berjalan dengan lancar.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Twitter Fahmi Fadzil

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured