More

    Kerajaan tetap laksana pelesenan media sosial mulai 1 Januari 2025

    Kerajaan Malaysia akan melaksanakan pelesenan media sosial bermula 1 Januari 2025 seperti yang diumumkan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil. Langkah ini bertujuan memastikan platform media sosial mematuhi undang-undang tempatan khususnya dalam menangani isu kandungan tidak sesuai seperti hasutan, penipuan dan maklumat palsu.

    Dasar ini juga diharap dapat meningkatkan keselamatan digital dan melindungi pengguna daripada penyalahgunaan teknologi. Kerajaan telah mengadakan perbincangan dengan syarikat teknologi antarabangsa bagi menjelaskan keperluan pelesenan ini.

    Fahmi menekankan bahawa undang-undang ini tidak bertujuan menyekat kebebasan bersuara tetapi untuk memastikan kesan negatif media sosial dikawal dengan lebih baik. Rundingan akan terus dilakukan untuk memastikan kepentingan semua pihak termasuk pengguna dan penyedia platform.

    Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan dalam memperkukuh pengawasan digital di negara ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BH Online

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured