More

    Kerajaan Thailand kekal dengan keputusan sekat Pornhub walaupun rakyat protes

    Baru-baru ini, kerajaan Thailand telah menyekat akses laman web dewasa popular Pornhub di negara tersebut berikutan kandungan pornografi dilapor melanggar hak kanak-kanak dan wanita. Terkini, pihak kementerian yang membuat keputusan ini dilapor kekal tegas dengan keputusan sekatan Pornhub.

    Setelah sekatan ini bermula pada 2 November lalu, perkara ini telah mencetuskan ketidakpuasan dan kemarahan pengguna. Walaupun laman Pornhub sememangnya menyalahi undang-undang di Thailand, namun ia menjadi antara 20 negara teratas yang menyumbang kepada trafik Pornhub.

    Rakyat yang tidak berpuas hati telah mula berprotes di luar talian mahupun di dalam talian. Di dalam talian, pengguna telah mula menggunakan #SavePornHub untuk menyuarakan rasa tidak puas hati dengan keputusan kerajaan.

    Terdahulu, trafik Pornhub di Malaysia juga dilapor meningkat sehingga 84% sepanjang musim PKP, menjadikannya negara ke-4 tertinggi di dunia.

    Apakah pendapat anda mengenai sekatan oleh kerajaan Thailand? Beritahu pandangan anda di laman Facebook kami dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 1 | 2

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured